Thursday, August 20, 2009

HARI SENTAP KU

Semalam adalah hari sentapku...dah la akif demam,so isnin and selasa cuti sbb ulang alik g klinik buat neb akif....ya allah ramainye umat kat klinik,tiap kali pergi mmg ramai org...Pastu plak mak ni mmg penat tahap dewa 19 (tolong kasi can saye merapu ek)....so semalam merajuk dgn lakiku....so siap2 terus kuar g kerja,tak salam tak cium sume,tak berkata sepatah haram......

Tapi yang membuatkan ku sentap sbb lakiku tak tau pun aku ni tgh merajuk dgn dia...dia boleh lek sms gurau2 lg...serius aku sentap dibuatnye....kenape ler lelaki ni tak alert langsung haaa????takkan nak tunggu aku terbalikkan rumah tu baru perasan yg aku tgh marah......Sakitnye hatiiiiiii...

Sudahnye terpakse bgtau yg aku tgh merajuk dgn dia, boleh?????????????????Nak merajuk pun kene bgtau dulu.....kalo tak samapi kesudah la dia tak paham.....


** nak bgtau skit la,hari ni patut last day aku minum juvanex tu...tp 2 kali aku skip sbb mak tak lalu nak telan...so esok baru habis....cepat la abis....tp i can see the different la....i perasan kulit i lembut skit (skit je la),tp tanye laki aku dia ckp takde ape berubah pun,sama je (hangin tak?). pastu selulit2 yg ade dah ilang la....wah kagum la....pastu skg berry ku dah ok la...WAHHHH...
So kalau ade yg belum cuba n nak cuba sila la......

Monday, August 17, 2009

KERATAN AKHBAR

H1N1 kini tahap tenat

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.



Sunday, August 16, 2009

KISAH HARI MINGGU

Selalu weekend tak kose nak menaip kat blog ni, tapi hari ni disebabkan dah tak tau nak buat ape maka nak bercerita jugak la...

Selalu hari minggu bz sgt kan (konon),pack sgt kehulu kehilir walaupun kekdg tu tak tau ape tujuan. Padahal hari ni dah ade plan,tapi semua cancel.....sebab akif tak sihat
Eh sebelum tu nak cite semalam aku gigih tau g kedai tu pagi2 buta nak beli brg yg aku nak tu....kedai tak bukak lg aku dah tecongok depan kedai...laki aku hangin jer...lantak la....tapi apekan daya bila kedai bukak aku check barang tu mmg dah takde lagi stock..so lupekan je la nydia oooiii...
Akif batuk and selsema,tapi tak demam. so pagi tadi kebetulan ade launching kedai makan kitorg pun g la...makan free jgn ditolak.....kedai feveret aku sejak 5thn dulu bukak cwgn baru...harus la aku g...sekali tgh baik punye makan akif muntah...byk lak tu...adoii..terus aku cuci2 dia keluar terus blaaa...sorry la kepada tuan kedai..
Pastu lunch tadi jiran aku buat aqiqah anak pulak...makan free lg....dah makan anak n laki aku balik membongkang, sampai la ni tak bangun lg...tu yg aku terkebil2 sorg2 nih...

lagi satu nak cite progress juvanex aku tu:hari ni day 3 dah tp aku tak rase pape perbezaan pung.....cuma aku berry setiap pagi je la..tu je la....hmmm...

Friday, August 14, 2009

PROGRAM 7 HARI

Saya sedang menjalani program selama 7 hari...bukan program PLKN tetapi program ni....


Saya ni mmg mengalami masalah skit dgn sistem penghadaman ni.....susah nak po po, kalo makan bergantang or kalo makan pisang or betik or bende yg memudahkan pencernaan baru la bole nak po po...kalo tak haram,2-3 hari tak po po pun pernah...sampai naik pening pala......dulu aku suke minum teh herba org kampung...haaa ko, kalo amik teh ni mmg lega, abis sume keluar...tapi yang tak sanggup tu dia punye memulas2 perut masa nak terberry tu,ya allah...tak tahan...so aku stop la.....pastu makan pil mak dara....pil ni ok gak tapi tak cukup hebat mengatasi masalah penghadaman aku yg tahap degil nak mampus nih.....

So selepas berbulan2 usha juvanex ni akhirnye beli ler jugak.....baru start semalam, so ade 6 days more to go....so everyday aku nak update la progressnye kat sini...bukan ape sebab dia cakap for first and second day to kite akan rasa lemah and kita akan kerap membuang......jadi suspen ler jugak......tapi bile dia cakap after 7 days kita akan jadi remaja tu yang excited nak beli...tak sabo nak tgk aku jadi remaja balik,kalo tak jadi siap ko...hahahaha

Tapi aku kureng skit mase nak menelan mende ni...rase agak kureng....tapi nasib baik bila campur fresh orange sedap.......
Cara pengambilan ialah 2 saches+air kosong or air buah(better guna air buah) sampai sukatan yg dia tanda tu. 2 kali sehari....

Progress selepas day 1 = aku tak bole tido malam tadi....tak tau sebab minum bende ni or sebab laki aku buat hal....korg bayangkan 2.30pagi laki aku bangun korek periuk nak makan nasik....aku ingt pencuri masuk rumah curi nasik aku...dah la aku masak rendang ayam semalam,agaknya pencuri tu tercium keharuman aku masak rendang n sbb dia mengidam dia masuk rumah aku tumpang makan....haha,teruk betul imaginasi aku...rupenye laki aku lapo tgh malam...sabo je la...layan diri je la...i xkeje shift malam yang oii (hehe..ampun)

Thursday, August 13, 2009

KENE TINDIH

Kena tindih / Sleep paralysis

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran.. just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .... kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..) Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis: 1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama 2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock) 3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt) 4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2 5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni) 6. orang yang ader penyakit narcolepsy So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu...
Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....
Heheheeeee…..
Yang atas ni aku paste dari email aku dapat....lor gtu upenye citenye,aku pun mati2 ingt kene tindih di hantu...tapi kalo kene tindih dgn suami pun kalo tak bg salam dulu mmg selamat ler....hehehehe,Aku mmg sensitip kalo org sentuh aku tetibe,especially kalo tgh tido,silap2 aku bukak silat tanpa disedari....